ineed my LUTFI.
BONG,MIA,AMIRAH.

Navigations are at the top

ABOUT {what i've}
LINKS {been looking for}
TAG {all this time}

bold italic underline link
Friday, April 19, 2013
49 days Korean drama the best , Friday, April 19, 2013



Synopsis

Gullible yet cheerful Shin Ji-Hyun (Nam Gyu-ri) is living a perfect life: she is the only daughter of wealthy, doting parents and surrounded by great, supportive best friends. She is also engaged to be married to the perfect man, Kang Min Ho (Bae Soo-bin), in just a few weeks. Meanwhile, Yi-Kyung (Lee Yo-won) is in an existential crisis following her boyfriend's tragic death. She works third shift at a convenience store, sleeps in the afternoon, and often spends what little time she has left in the day contemplating suicide.
One fateful day interweaves the two characters' stories as Yi-Kyung attempts to kill herself by walking into oncoming traffic. A bystander saves Yi-Kyung by pulling her out of harm's way at the last moment, but a massive pile-up ensues from her actions. Ji-Hyun is driving nearby and fails to brake upon approaching the collision site, crashing into a truck. When Ji-Hyun regains consciousness after the accident, she shockingly finds that she could neither make physical contact with the people crowding around her car nor could any of them hear her protests. She also sees her own body being carted into an ambulance. A motorcyclist seems to be the only person who can see her. The cyclist calls himself 'the Scheduler' (Jung Il-woo) and claims to be an angelic being charged with guiding souls to their final destinations.
Ji-Hyun leaves the cyclist to follow her body and watch as the paramedics attempt to revive her. Upon reaching the hospital, Ji-Hyun meets 'the Scheduler' again. He explains to Ji-Hyun that since it was not yet her scheduled time to die she is to be given a chance to recover from her now vegetative state and live. The offer is contingent, however, on completion of a mission. Ji-Hyun must gather a total of three teardrops from people who truly love her. She is additionally required to recover each tear from three individuals none of which may be a relative and do so within the next seven weeks. Ji-Hyun immediately thinks of her fiance and two best friends and is certain she will live again. Ji-Hyun then finds herself in the body of the suicidal Yi-Kyung for which she will remain for the duration of her quest.
Ji-Hyun proceeds by seeking employment as a waitress at a restaurant owned by her high school friend, Han Kang (Jo Hyun-jae). While in the process of obtaining her proof of employment at a hotel where the real Yi Kyung worked, Ji-Hyun's memory begins to return to her. Before the accident, Ji-Hyun had agreed to meet up with her best friend In Jung (Seo Ji-hye) to show her the bridesmaid dress Ji-Hyun had chosen for her. Ji-Hyun's elation is muted when she makes an earth-shattering discovery which opens her eyes to the deception around her. She soon realizes with painful clarity that her life was not so perfect after all and that it won't be as easy to find people who truly love her as she once thought.
Wednesday, July 11, 2012
Love you Daddy basri Wednesday, July 11, 2012
Walaupun daddy dah pergi tinggal kan kami, kami tetap ingat daddy sampai bila bila.
daddy lah komander yang paling terbaikkkkk.Sayangg daddy .Kenang daddy dalam doa kami.
Moga daddy berada di tempat orang beriman dan soleh,SAYANG DADDY BASRI :(

Saturday, July 7, 2012
Tanda Si dia Menyukai Anda Saturday, July 07, 2012

Untuk mengetahui seseorang perempuan/lelaki itu menyukai seseorang amatlah banyak kerana ianya terpulang kepada individu itu sendiri.

1. Dia sering membuat ‘eye contact’ dengan anda kemudian tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat tahi mata di muka anda. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman kepada anda, itu bermakna dia merasakan anda seseorang yang menarik dan ingin menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.

.

2. Dia akan cuba mencari cara untuk berborak dengan anda. Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar, sudah cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.
.

3. Ketika dia berborak dengan anda, dia akan nampak gelisah dan resah. Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap.
.

4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan terhadap anda seperti menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau mungkin juga mencubit anda dan bukannya ‘body contact’ dalam permainan rugbi. Paling tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan anda.
.

5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia akan kata, “adalah…” sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dia akan buat anda cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular di tempat anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi anda.
.

6. Dia juga akan bertanya siapa yang anda suka dengan perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.
.

7. Ketika anda dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.
.

8. Si dia akan mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar dengan mengulang perkataan “bosannye…..” atau mungkin bertanya tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak untuk mengajak anda keluar, dia akan menggunakan perkataan “saya belanja”.
.
9. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia ialah seorang ‘stalker’!
.

10. Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia sering bercerita tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia loya, itu bermakna dia amat-amat memuja anda.
.

11. Dia akan cuba untuk sentiasa bersama anda. Dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi peneman ketika anda susah mahupun senang. Dia akan cuba untuk menelefon anda atau sekurang-kurangnya sms anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya.


Fakta Menarik Mengenai Perempuan Saturday, July 07, 2012

1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22.Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
8 Sifat Seorang Lelaki Yang Penyayang Saturday, July 07, 2012
1) Suka Haiwan

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan haiwan atau binatang, tak kisahla kucing ke, arnab ke, ayam lembu atau apa sahaja. Pendek kata korang tengok reaksi dorang bila ada haiwan nih sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak teranjang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, bleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.

2) Suka Kanak-Kanak

- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana. Ada lelaki yang tidak suka berhampiran kanak-kanak, rimas katanya. Tapi kalu lelaki yang buat-buat sayang kat adik korang tu MK tak pasti, nak tekel kakak mesti tekel adik dulu kan..hehe

3) Berat Akan Orang Tua

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.

4) Berat Akan Adik-Adik

- Ha korang cuba tgk hubungan dia dgn adik…INGAT, ADIK..bukan adik beradik..bukan kakak atau abangnya. Mengapa MK berkata begitu?. Kerana layanan abang terhadap adik adalah berbeza kerana adiknya lebih kecil yang sudah tentunya menjadi tanggungjawab dia. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodo je bila si adik ingin beramain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang

5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan

-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsug menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

6) Pandai Menjaga Hati Pasangan

-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya.Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati

7) Susah Marah

-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecik pon nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting mcmni korang ati-ati la..

8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman

-Haa korang tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian. Ada lelaki yang masam je mukanya (kalau memang dah azali memang tak leh buat apa), senyum taknak, ditegur buat bodoh je)
Cara ubati kekecewaan Saturday, July 07, 2012
Okayyy,Aku just nak kongsi dengan korang korang tu je. :)



1. Jangan salahkan diri dan orang lain
 
Orang kata setiap perkara yang berlaku tu ada hikmahnya. Katakanlah anda pernah dikecewakan oleh seseorang , jangan sesekali salahkan diri sendiri dan menyalahkan orang lain. Bukan apa, sebab kalau anda ada fikiran macam ne lagi stress rasanya. Lebih baik duduk berfikir sebab mengapa anda dikecewakan supaya anda boleh perbaiki kelemahan diri tu.

2. Dapatkan sokongan

Bila anda dikecewakan, janganlah duk memencilkan diri tu dalam bilik sampai tak makan nasi. Cuba bergaul dengan kawan-kawan sebab time ne la sokongan daripada teman-teman rapat dan keluarga amat penting untuk ubati kekecewaan anda tu. Duduk bersendirian boleh menyebabkan anda teringat balik memori lama. Lagi la anda sedih. Bersosial dengan kawan-kawan sedikit sebanyak boleh membantu melupakan kisah sedih anda.

3. Jaga kesihatan

Ketika ne jugak la ramai yang tak jaga kesihatan sebab duk bersedih setiap masa. Buat apa anda perlu bersedih sampai memudaratkan kesihatan diri sendiri sedangkan orang yang mengecewakan anda tu bergembira? Ingat, hidup ne tak pernah sunyi dari dugaan dan masalah. Banyak bersabar dan sayang diri sendiri dengan jaga kesihatan tu. Keluar bersukan dan buat apa-apa je lah aktiviti yang menyeronokkan.

4. Tengok cerita lawak

Tidak dinafikan bahawa memang sakit hati dan sedih sangat bila dikecewakan oleh orang yang kita sayang. Sabar? Bukan semua orang boleh bersabar dengan masalah dan ujian yang dihadapi. Apatah lagi nak berlakon macam tak ada apa yang berlaku. Kalau macam tu, apa kata anda banyakkan tengok cerita lawak.Dekat You Tube pun banyak. Tak kiralah raja lawak ke or maharaja lawak ke asalkan cerita tu dapat meredakan stress anda. Jangan pegi tengok cerita romantik sudah la. Bertambah parah nanti!

5. Luahkan perasaan

Jangan biarkan perasaan sedih tu membengkak dan pecah dalam dada anda.Luahkannya kepada orang yang anda boleh percayai. Kalau anda rasa malu, cuba luahkannya dengan menulis dalam diari ke. Sekurangnya dapat jugak kurang bebanan perasaan yang anda tanggung tu.


Friday, July 6, 2012
Rindu Mereka Mereka ni sangat Friday, July 06, 2012
Form left> Mysistofirst : Amalina
MyMama : Zainon
MysistoSecond: Alia
Me : Amirah
My lilsisto : Aqilah

Adik beradik kami  semua nya perempuan dari lingkungan 27,24,20 and 16 years old.but yang dah kawen yang berusia 27 and 24 years old tu.tinggal aku dan adik aku je yang masih single and belajar.hehehe
rindu kat kaka2 aku.
time duduk sebumbung.Banyak suka duka kami kongsi.yang aku rapat dengan sisto first.and my adik rapat dengan sisto kedua aku.Perangai aku sama dengan kaka sulong aku jenis cepat sentap.adik and kaka kedua aku jeins panas baran.Hmmm  Mama selalu cerita kat kami adik beradik macam mana jaga setiap sorang..
Hehehe tapi Mama cakap anak mama yang paling degil Adik aku yang paling teruk degilnya Aku.
hahahahahhaha sorryy mama ! :)
Pape pun mama la paling the best mum sebab tahan dengan perangai anak2 mu nih.


Friday, November 25, 2011
Friday, November 25, 2011
Hey guys ! Ni la Aqeel Anaqi  yang berusia 11 bulan .24 DICEMBER 2011 
nih genap dia Setahun.Alaaa dah besar dak Aqeel kan .
Sayang Wan Mohd Aqeel Anaqi ni...
Geram tak tengok dia ?
Thursday, October 27, 2011
Nur Hijrattul Nabihah Bt Salman Thursday, October 27, 2011

Dear GEMOK KU,
act aku nak say ILOVEYOUSOMUCHH and you are my BFF laaa. You know what,Even do kita ni dah berjauhan tapi hati aku tetap selalu ada di sisi kau.Aku bila dapat tau kau ada Problem with him or Whatevaa Sumpah aku risau gila sial.If aku on call kau.Tak pernah dapat. Bila aku stay seorang diri mesti teringat kau then nangis . I DONT KNOW WHY ? dont ask me WHY?? Kenapa kita perlu berpisah kan.If kau same study with me Confirm aku tak pandang orang lain !!! Beb aku harap gila kau kawan aku then tak akan lupa aku yang stay tempat yang CERUK NIH .


I LOVE YOU MORE MORE AND MORE NUR HIJRATTUL NABIHAH A.K.A GEMOK TONCEK


For you ,
Wednesday, October 26, 2011
Cuties girl Maria Elena Zarul Wednesday, October 26, 2011
Hello Guys ! act bong nak sharing about someone.She is like CRAZY and cute sangat. And
I VERY LOVE HER STYLE :) Seriusly memang cool gila. Aku tengok youtube. Dia memang HyperTalk.Hahaha. Btw,dia adalah ikon gua ( NOW )..

SEE ,comel tak si Maria Elena Nih ??? Comel Sesangat :)


You make me Crazy Because your Style Like Funkybunky Beb !


Hot Staff Beb